Ada sepasang suami isteri. Baru sahaja berkahwin dan menjalani puasa pertama kali sebagai suami isteri. Alahh, baru-baru lagi. Kuatlah merajuk sana sini konon.
Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduhlah entah pasal apa...
Si suami tengah merajuk tak mahu becakap dengan isterinya. Jadi malam harinya dia pun menulis nota untuk si isteri: "Sahur nanti bangunkan abang" dan disimpan dekat dengan tempat tidur isterinya.
Apabila si suami ni bangun esoknya, hari sudah pun siang tak kena kejutkan bersahur pun.
Kemudian toleh kiri kanan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan si isteri: "Bang, bangun bang, makan sahur."
Kuang..kuang..kuang~~
No comments:
Post a Comment