Kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18 ,namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu. Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada orang kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya.
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. Seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Sungguhpun dia ni gila tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila.
Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2 dia masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke mikrofon.
Kemudian dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal...
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik. Kalau tak, AKU AKAN BUAT MACAM YANG ARWAH BAPAK AKU BUAT TAHUN LEPAS!!!!"
Maka takutlah orang kampung. Maklumlah orang gila ni. Kalau nanti betul-betul mengamuk tentu dahsyat punya. Kalau guna parang dan kapak sekali pun apa orang nak kata, dah namanya gila kan ...
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali.
Sambil tersengih2 budak tu berkata "alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.
Setelah dapat selipar buruknya Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid.
Akan tetapi Pak Imam yg dari tadi memerhatikan memerhatikan saja kelakuan Ali mendekatinya dan dengan teragak-agak Pak Imam bertanya,
"Errrr...boleh Pak Imam tahu, apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia?"
"Balik kaki ayamler..." jawab Ali dengan selamba.
Perghhh dasar gila!
No comments:
Post a Comment