Wednesday, August 24, 2011

Jeruk Mempelam Si Izzah

Tersebutlah kisah murid tahun 6 Ungu menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Cik Siti Nurhaliza. Kira-kiranya cikgu mithali lah dia ni.

Kemudian loceng berbunyi dan waktu Bahasa Malaysia tamat. Maka beraturlah murid tahun 6 Ungu nak bagi hadiah buat Cik Siti. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah. Ada yang bagi hadiah, selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Cik Siti sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Izzah , si ketua kelas. Dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain. Ada riben merah dan cantik pula bungkusannya. Dengan senyum simpulnya Izah meminta Cik Siti meneka apa yang dihadiahkannya.

Maka jenuhlah Cik Siti meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur... semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Izzah.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu. Cik Siti segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa.

"Hummm ... masam, dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk mempelam yeak ... cikgu suka jeruk mempelam tau".

Dengan serta-merta pula muka Izzah jadi pucat lalu berkata, "Errrrr... sebenarnya cikgu ... saya hadiahkan anak KUCING!"

No comments:

Post a Comment