Wednesday, August 24, 2011

Jeruk Mempelam Si Izzah

Tersebutlah kisah murid tahun 6 Ungu menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Cik Siti Nurhaliza. Kira-kiranya cikgu mithali lah dia ni.

Kemudian loceng berbunyi dan waktu Bahasa Malaysia tamat. Maka beraturlah murid tahun 6 Ungu nak bagi hadiah buat Cik Siti. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah. Ada yang bagi hadiah, selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Cik Siti sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Izzah , si ketua kelas. Dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain. Ada riben merah dan cantik pula bungkusannya. Dengan senyum simpulnya Izah meminta Cik Siti meneka apa yang dihadiahkannya.

Maka jenuhlah Cik Siti meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur... semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Izzah.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu. Cik Siti segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa.

"Hummm ... masam, dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk mempelam yeak ... cikgu suka jeruk mempelam tau".

Dengan serta-merta pula muka Izzah jadi pucat lalu berkata, "Errrrr... sebenarnya cikgu ... saya hadiahkan anak KUCING!"

Friday, August 19, 2011

Lawak Jumaat: Dua Lelaki Pelik

Suatu hari pada waktu solat Jumaat di sebuah masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah.

Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuh dengan pakaian serba hitam. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri di tempat kamu.”

Maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 itu tadi hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.”

Friday, August 12, 2011

Lawak Jumaat:Wang Syiling 50 Sen Si Amat

Pada suatu hari jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Maknya memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik. Perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Setelah bayar tambang, konduktor bas memulangkan baki wangnya sekeping duit syiling 50 sen. Amat pun simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah penuh. Pak imam kemudian mengimamkan jemaah itu. Semasa rukuk tiba2 duit 50 sen Amat jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah orang di hadapannya.

Risau bila pikir nanti terpaksa balik ke rumah berjalan kaki 10 km dalam panas terik, dia lalu berbisik kepada orang itu.

Amat: "Pssst, jangan ambik duit tu. Aku nak buat tambang balik nanti.."


Lalu orang itu pun menjawab, "Alah..., setakat 50 sen aku tak heran la... tiada siapa pun nak ambil duitmu itu."

Kemudian orang di sebelah Amat pula terkejut kerana mereka bercakap semasa sembahyang lalu berkata, " Ehh, korang nie... dalam sembahyang mana boleh bercakap"

Selepas itu, ada seorang yang lain pula bersuara, " Yang kau bercakap tu aper, sah ke?"

He... he... he...

Empat orang batal sembahyang cuma kerana 50 sen.

Monday, August 8, 2011

Lawak Isnin: Cerita Shan dan Amin di Hospital

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula yang menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing

Sunday, August 7, 2011

Lawak Ahad: Pak Leh yang Penakut

Pak Leh seorang penakut. Asal balik dari bertarawih di surau, dia akan pecut motor laju-laju untuk sampai ke rumah.

Suatu malam tu, sebaik masuk aje ke dalam rumahnya Pak Leh lalu ketakutan dan terpekik terlolong memanggil nama isterinya.

“Bedahhhhh! TOLONG AKU Bedahhhhh! Tu kat ruang tamu ni ada hantu sedang tengok TV...."

”Amboi-amboi, mentang-mentanglah dah tua kerepot, aku syok-syok tengok TV pun paknye nampak macam hantu noo…” Jawab bini Pak Leh sambil menoleh ke arahnya.