Friday, August 12, 2011

Lawak Jumaat:Wang Syiling 50 Sen Si Amat

Pada suatu hari jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Maknya memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik. Perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Setelah bayar tambang, konduktor bas memulangkan baki wangnya sekeping duit syiling 50 sen. Amat pun simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah penuh. Pak imam kemudian mengimamkan jemaah itu. Semasa rukuk tiba2 duit 50 sen Amat jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah orang di hadapannya.

Risau bila pikir nanti terpaksa balik ke rumah berjalan kaki 10 km dalam panas terik, dia lalu berbisik kepada orang itu.

Amat: "Pssst, jangan ambik duit tu. Aku nak buat tambang balik nanti.."


Lalu orang itu pun menjawab, "Alah..., setakat 50 sen aku tak heran la... tiada siapa pun nak ambil duitmu itu."

Kemudian orang di sebelah Amat pula terkejut kerana mereka bercakap semasa sembahyang lalu berkata, " Ehh, korang nie... dalam sembahyang mana boleh bercakap"

Selepas itu, ada seorang yang lain pula bersuara, " Yang kau bercakap tu aper, sah ke?"

He... he... he...

Empat orang batal sembahyang cuma kerana 50 sen.

No comments:

Post a Comment