Saturday, August 6, 2011

Lawak Seram Di Petronas Twin Tower

Minggu lepas Osman balik lewat kerana banyak kerja. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja di tingkat 8 bangunan PETRONAS Twin Tower dan hendak turun ke tingkat bawah. Masuk lift tekan "G", aneh bukannya turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.

Bila sampai di tingkat 35 pintu lift terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Osman tidak pernah lihat gadis secantik itu. Kulitnya putih melepak, rambutnya ikal mayang dan bau wangian semerbak memenuhi ruang lift. Osman berdiri mengadap pintu lift dan gadis itu berjalan terus ruang belakang.

Sejurus kemudian lift itu pun turun. Tetapi tidak lama kemudian "blackout". Lift berhenti, lampu padam dan keadaan menjadi gelap gulita.

Osman pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan dan tiba-tiba sedang maraba-raba itu tercium pulak suatu bau yang amat busuk. Osman mula terfikir macam-macam yang amat menyeramkan. Mula-mula wangi sekarang busuk pula. Ya rabbi, pontianak ni, fikirnya. Lalu bulu tengkuknya meremang, lutut mengigil, rasa seram sejuk dan detak jantung mula tap! tup! semakin kuat. Berbagai perkara berlegar di otaknya, kena gigit tengkok, kena cekik ....

Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali.

Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke tingkat bawah. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh ke belakang untuk melihat samaada lembaga itu masih ada atau tidak. Hah, masih ada! Kali ini gadis cantik itu tersenyum manis padanya hingga ternampak barisan giginya yang putih elok sambil berkata,

"I'm sorry, tadi I terkentut"

No comments:

Post a Comment